BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 30, 2010

Ku Pasrahkan Segalanya



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
 
Mungkin Allah rindu mendengarkan
Rintihanku berpanjangan
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan yang memandang
Mempunyai berbagai tafsiran




Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Hadiahkan kepadaku insan yg dpt mewarnai hidupku
Kerna terkadang diriku ini kelam sekali
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

0 comments: