BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 28, 2010

Mabruk Alaik! ^_^


'Mabruk Alaiki Aida!'. Itulah ucapan pertama yang ana terima sebaik sahaja ana melangkahkan kaki masuk ke Dewan Ibnu Sina. Terdiam ana di depan pintu dewan memandang ustazah ana yang menyambut ana di pintu dewan. Sukar untuk ungkapkan perasaan ana saat itu. Terasa ingin berlari memeluk ummi dan abah ana. Tapi sayang, ana terpaksa cepat2 mengambil tempat di mana semua pelajar telah pun memenuhi tempat duduk kerana ana datang agak terlewat walaupun keputusan belum lagi diumumkan secara rasmi. Ummi ana mengambil tempat di belakang ana, umi kata, 'umi mesti ada dengan aida selalu.' Thanks ummi, i love you so much. You always be my side. YOU'RE MY ANGEL...
Alhamdulillah, ana mengambil slip peperiksaan apabila nama ana diumumkan bersama dengan ummi ana. Tanpa ana sedari, mata ana telah mengeluarkan sejenis cecair yg dinamakan 'air mata'. hehe. Sungguh terharu dan bersyukur ana. Inilah hadiah yg paling istimewa ana berikan khas untuk ummi dan abah ana. Terima kasih ya Allah... Betapa banyaknya nikmat yg Kau berikan padaKu sedangkan dosaku padaMu semakin hari semakin bertambah..

Teringat pulak ana hari2 sebelum peperiksaan. Alhamdulillah, Walaupun tekanan demi tekanan, ujian demi ujian melanda ana, Allah kuatkan hati ana untuk berusaha. Di saat ana berduka, surat2 cinta dariNya lah yang mengubat hati ana. Ini kerana membaca mahupun mendengar bacaan Al-Quran dpt menghiburkan hati yg sedih, menenangkan jiwa yg gelisah dan melunakkan hati yg keras serta mendatangkan petunjuk. Betapa baiknya Engkau Ya Allah....


Sungguh Allah tidak pernah mempersiakan doa hamba2Nya. Berkat doa, bimbingan, dan sokongan family, guru2 dan kawan2 ana, ana dpt mencapai keputusan yg sebegini. Ana harap keputusan yang ana dapat ini tdk menimbulkan 'penyakit hati' yg amat dibenci Allah. Ana bimbang & takut seandainya usaha ana selama ini tdk dtrima Nya. Ya Allah, ikhlaskan hatiku..

berdoa itu ibadah dan Tuhan yang Maha Pemurah berasa malu kpd hambaNya apabila hambaNya mengangkat kedua dua belah tangannya memohon daripadaNya tetapi kembali dgn tangan kosong. 
''Orang yg berusaha berjuang kp agama kami, kami memimpin mereka ke jalan jalan kami, dan Allah beserta orang yg berusaha membaiki amalannya.'' (Surah al-Ankabut, ayat 69)
Syukran 'Ala kullu hal ya Rabb...

0 comments: